Sunday, March 9, 2014

Pesawat MH370 "Suratan Atau Kebetulan ?"


Selesai solat maghrib semalam, buka Al-Quran untuk habiskan surah Fatir. Sepatutnya aku habiskan surah Fatir ni pada maghrib jumaat 07.03.2014. Tapi aku letih sgt maka aku sambungkan ke maghrib sabtu 08.03.2014. Kemudian surah seterusnya ialah Surah Yassin. Tiba-tiba hati terdetik "adakah sudah ketentuan aku untuk membaca Surah Yassin ini buat mangsa Pesawat MH370 ? " ... dan aku teruskan membacanya sehingga habis dengan hati yang penuh teka-teki.

Surah Yassin ada 83 ayat. Mungkin kebetulan sama tarikh 8hb Mac iaitu semalam kejadian kehilangan pesawat MH370. Dan ayat ke 41 surah yasin mungkin kebetulan sama waktu dengan masa berlepasnya Pesawat mengikut sistem 24jam iaitu 00.41 am.

Bacalah tafsir Surah Yassin ayat 41 hingga 43. Maka kalian akan faham maksudnya.

"Dan satu dalil lagi untuk mereka (insaf) ialah, Kami membawa belayar jenis keluarga mereka dalam bahtera yang penuh sarat;" Surah Yassin ayat 41.

"Dan Kami ciptakan untuk mereka, jenis-jenis kenderaan yang sama dengannya, yang mereka dapat mengenderainya." Surah Yassin ayat 42.

"Dan jika kami kehendaki, kami boleh tenggelamkan mereka; (kiranya Kami lakukan yang demikian) maka tidak ada yang dapat memberi pertolongan kepada mereka, dan mereka juga tidak dapat diselamatkan," Surah Yassin ayat 43.

Mungkin semua ini berlaku kebetulan kpd ku, Mungkin ini juga sudah ketentuan..Sudah tercatat di Luh Mahfuz tersimpan kemas kekal rahsia di Arash-Nya. In shaa Allah Pesawat MH370 pasti dijumpai bila sampai waktunya dengan izin-Nya. ‪#‎PrayforMH370‬

Thursday, February 27, 2014

Projek Perjumpaan Penghidap Endometriosis "EndoMarch Malaysia"


Kawan2... page Endomarch Malaysia yang dikelola oleh Miss Sugita Mogan mahu mengadakan projek perjumpaan pertama penghidap endometriosis di Malaysia. Projek ini akan berlansung serentak di 53 buah negara. Perjumpaan ini akan direkodkan video dan akan diupload ke homepage millionmarch di Washington America.

Tarikh : 13 Mac 2014 (khamis)
Masa : 7.00 pm
Tempat : Starbucks Jaya One, 72A, Jalan Universiti Petaling Jaya.

Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah soaljawab, berkongsi pandangan & pengalaman masing2 dengan endometriosis.

Admin page tersebut masih berbincang dengan Hospital Pantai bagi menghantar seorang Doktor Pakar O&G utk turut serta dalam soaljawab semasa projek ini nanti.

Sesiapa yang berminat boleh menghubungi :-
emel : endomarch.malaysia@gmail.com
atau
FB page : https://www.facebook.com/endomarch.malaysia.

Anda yang menghadiri akan diberikan "Riben Kuning"..

Perbelanjaan makan/minum adalah tanggungjawab sendiri. Tetapi jika sesiapa yang ingin menjadi penyumbang dana bagi projek berkenaan boleh berurusan dengan emel diatas.

Saya juga dimaklumkan Sugita Mogan akan ditemubual oleh wartawan akhbar 'The Star' bagi menyebarkan projek ini.

Saya akan membantu Sugita Mogan menyebarkan flyers ini di hospital & klinik O&G berdekatan dengan saya. Jika anda berkesempatan, bolehlah print out flyers ini dan edarkan di sekitar tempat anda. In Shaa Allah saya sedia membantu beliau selagi termampu.

In Shaa Allah.. Kemungkinan saya juga akan menghadiri projek perjumpaan ini. Tapi saya kena lihat dulu jadual kerja saya. hehe..

Endosisters Never Give Up ! (n___________n)
Fight Like A Girl ♥

http://www.millionwomenmarch2014.org/frequently-asked-questions/

http://www.millionwomenmarch2014.org/press-releases/

www.facebook.com/endomarch.Malaysia

http://youtu.be/IrJI_hSkYZw

Wednesday, February 26, 2014

" Adz - Dzaariyaat Verse 28 " Penyejuk Hati Beta

Malam kelmarin aku tunggu kepulangan suami. Dek kerna sudah berjanji mahu membawaku ke rumah bidan kampung disini. Jam sudah 9 malam namun kelibat suamiku masih belum kelihatan. Inikan pula deruman enjin keretanya lagi lah sunyi tiada berbunyi. Dalam keadaan resah aku tunggu seraya hati berkata " mana la abang ni, janji nak pergi sama-sama..."

Terdetik hati aku, sementara menunggu kepulangan suami lebih baik aku buka dulu kitab tafsir Al-Quran. Tanpa berlengah aku tak mahu sia-sia kan masa yang ada. Kebetulan waktu itu memang part aku membaca makna Surah Adz - Dzaariyaat.

Sambil membaca dengan hati yang resah, sampai pada ayat 28..

"(Setelah dilihatnya mereka mereka tidak menjamah makanan itu), maka ia merasa takut dari keadaan mereka. (Melihat kecemasannya), mereka berkata: "Janganlah engkau takut (wahai Ibrahim)". Lalu mereka memberikan berita gembira kepadanya, bahawa ia akan beroleh seorang anak yang berpengetahuan."

Kisah 2 malaikat datang ke rumah Nabi Ibrahim a.s yang diperintahkan Allah SWT supaya memberitahu akan berita gembira buat Nabi Ibrahim a.s dan isterinya. Mereka akan beroleh anak disaat usia mereka telah tua ketika itu. 

Isterinya berkata kehairanan sambil menepuk mukanya " Aku sudah tua, lagi mandul, (bagaimana aku boleh mendapatkan anak) ? "

Lalu kedua-dua malaikat tersebut berkata : "Demikianlah Tuhanmu berfirman, (kami hanya menyampaikan sahaja); Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui".

Lega. Hati aku terus lega lalu tersenyum...