Sunday, April 20, 2014

Hijrah

Assalammualaikum semua pembaca blog aku..

Maaf sebab aku lama sungguh menyepi. Memang sengaja menyendiri, mencari-cari apa erti hidup ini. aku cuma aktif di FB saja buat masa ini. 

Entah tiada mood dan idea nak menaip dalam blog. Kalau dulu sehari mesti ada sekurang-kurang satu entry. Kemudian makin lama makin susut jangkaan entry tu. Kini berbulan sudah baru nak menaip semula.

Perubahan pada diri tidak banyak pun. Macam tu juga. Cuma kini aku mahu lebih dekat dengan sang Pencipta. Aku mahu lebih mengenali Maha Agung. Aku mahu mendalami kebesaran-Nya. Aku mahu hayati kasih sayang-Nya. 

Masalah yang aku alami sebelum ini masih tiada jalan penghujung. Mungkin belum tiba waktunya. Belum diizinkan Ya Rabb. Mahu lagi Dia melihat airmata aku menitis, mahu lagi Dia mendengar rintihan pedih, mahu lagi Dia menguji sejauh mana sabar dan tabahnya hatiku ini. 

Alhamdulillah setahun sudah aku sembuh dari penyakit endometriosis. Setakat ini aku rasa sungguh sihat, mampu menikmati kebahagian bersama suami seperti pasangan lain. Walaupun masih ada yang tidak lengkap dalam hidup kami yakni zuriat, namun aku bersyukur betapa nikmatnya hidup berumahtangga, mampu beroleh pahala sebagai seorang isteri. In shaa Allah andai sudah tercatat rezeki anak itu buat kami pasti datang jua tepat pada masa. Kami berdua redha dan ikhlas menerima Qada & Qadar.

Kini inilah diriku, hijrah ke arah yang diredhai-Nya, kalian doakan supaya aku Istiqomah dalam melaksanakan kewajipan dan ketaatan pada-Nya. Boleh kan ? Fisabilillah.. Laa Tahzan Innallaha maa'na ..




Wednesday, March 19, 2014

Tak Boleh Follow Blog Orang Lain Lagi


Mungkin isu ini dah lama. Tapi aku saja yang baru nak post. eheh..
Akibat geram yang sudah disimpan berabad lama. 
Aku nak tanya juga pada blogspot atau admin blogspot.. ahh whatever lah kan.. 
sape-sape je yang handle blogspot ni. 

Apesal kalau dah follow 300 blog, aku tak boleh follow blog orang lain lagi ? geram tau tak ! 
Dah banyak blog yang aku jumpa sangat menarik untuk aku jadikan bacaan harian ni. 
Tak boleh nak follow plak. grrrrrrrrrrrrrr.....
Tahap marah marhaban dah rasanya ni..panjang type "r" tu.. haha

Aku bukan apa, taknak melepaskan peluang mengikuti blog-blog yang bagus tu. 
Rugi tau tak follow.. rugi sangat sangat sangat (3 kali "sangat" maka memang merugikanlah maknanya tu) (^..^)
Sekian luahan petang ini. sambung geram ..grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr................

Thursday, March 13, 2014

Bersama Memori Semalam


Kalau dulu waktu kecil, aku memang tunggu hujan.
Dengar saja bunyi rintik-rintik jatuh ke bumbung , berlarilah keluar aku bersama adik-adik.
Sangat berharap hujan itu lebat. 
Biar jadi sungai halaman rumah.
Biar jadi lembah deras aliran air ditanah.
Meniarap, baring angan-angan berenang bebas umpama berada dilautan luas.
Sungguh riang hatiku. 
Namun segalanya berlalu.
Pantas saja masa itu mengalihkan muka surat.
Jika dulu aku rasa hujan itu bahagia.
Dan aku harap ia selalu membahagiakan.
Tidak ! sangkaan ku jauh meleset.
Hujan itu juga kedukaan.
Kini hanya lihat hujan bersama memori semalam yang mungkin tidak pernah diulang.
Takkan pernah hilang.