Tuesday, September 23, 2014

Pembedahan Kali Kedua Dibatalkan Dan Prosedur IUI Akan Dijalankan

Sejahtera ke atas kalian,

Tajuk panjang betulkan ? ha ha ... Tapi itulah kenyataannya.
Alhamdulillah sejak akhir-akhir ini lebih banyak berita gembira yang Allah SWT kirimkan untukku.
Kalau diikutkan semasa sesi temujanji doktor pakar O&G pada bulan Ramadhan, bertarikh 14/07/2014 yang lalu, endometriosis aku kembali tumbuh 4cm X 4cm. 

Sedih memanglah sedih tapi aku memang sudah bersiap sedia fizikal dan mental bahawa selagi aku masih ada period selagi itu risiko untuk endo tumbuh kembali tu ada. Aku kena terima hakikat sebenarnya. 

Dan aku dijangka akan membuat laparoscopy iaitu pembedahan bagi membuang endometriosis berkenaan. Cuma pembedahan kali kedua ini lebih ringan sedikit sebab caranya hanya 3 tebukan di perut. Kalau dulu aku bedah cara laparatomy iaitu bedah besar seperti wanita melahirkan anak. 16cm parut memanjang diperutku jadi saksi kesakitan yang aku tanggung selama ini. hehe.. nak buat macam mana, redha jela..

Baru-baru ini bertarikh 11/09/2014 aku sekali lagi bertemu doktor pakar untuk mengetahui lebih lanjut tentang keputusan HSG dan rawatan seterusnya. Doktor kata "ok tiub awak cantik"... kemudian doktor scan rahimku lalu mendapati ketumbuhan endo mengecil menjadi 3cmX3cm. 

Rasa seronok sangat. Tak terkata apa-apa.. sentap pun ada.. terkejut, tergamam, semuanya ter ter lah...

Doktor pun terus membatalkan pembedahan yang aku akan buat tu dan terus tetapkan untuk menjalankan IUI pada bulan November nanti.

Ini keajaiban bagiku. Allah SWT sedang menunjukkan Kekuasaan-Nya. Ya Allah Ya Rabbi...

Sehingga ke saat ini aku masih lagi tidak percaya. 

Kabus semakin pudar, jalan semakin terang, sinar semakin memancar,
Hujan kini terhenti sendiri, mendung berarak pergi, pelangi menunjukkan diri,
Cantiknya oh Indahnya ujian-Mu ini..

Inshaa Allah doaku supaya prosedur IUI aku nanti berjaya,
Doaku supaya aku hamil untuk percubaan pertama IUI November 2014..

Aku sudah berjanji pada diri sendiri, jika diberi peluang menikmati hidup gelaran seorang "ummi", akan aku lebih menghargai "permata" itu, kerna ku tahu dan ku rasai betapa peritnya, susahnya, jerihnya, payahnya aku untuk meminta pinjaman itu dari Tuhanku. 

"Ummi" pasti melakukan yang terbaik buatmu wahai insan yang ku gelarnya "anak"...  




Saturday, August 23, 2014

Tiub Fallopio

Sejahtera ke atas kalian..



Hari khamis yang lalu aku menjalani ujian HSG untuk kali ke 2. Ujian ini untuk check sama ada tiub fallopio rahim kita tersumbat (block) atau tidak (unblock). Tahun lepas aku dah buat sebelum operation endometriosis. Keputusannya tiub fallopio aku tersumbat kedua-dua kiri kanan tu. 

Jadi tahun ini aku nekad untuk buat sekali lagi ujian ini. Bagi menyedapkan hati bahawa aku benar-benar yakin tiub rahim ku dah tak bermasalah lagi. Setiap hari aku berdoa supaya Allah bukakan saluran tiub aku. 

Alhamdulillah keputusan ujian HSG terbaru ni memang tidak disangka-sangka. Kedua-dua tiub fallopio aku dah tak tersumbat lagi. 3 kali inject cecair dye. Kali 1 & 2 tak sakit, tapi kali ke 3 sakit macam senggugut.. fuhh tahan jela...nasib baik tak lama.. 

Masa doktor inject dye tu aku boleh nampak pada monitor xray aliran cecair dye tu mengalir ke tiub. Aku dengar nurse berborak dengan doktor masa tu. Diaorang kata "Tiub dan rahim dia ni dah cantik, mungkin masih belum rezeki lagi untuk dia hamil..." tersenyum aku mendengarnya.

Syukur sangat-sangat. Aku sudah ada peluang untuk hamil secara natural. Sebelum ni doktor hanya beri harapan yang aku boleh hamil melalui kaedah IVF sahaja. Tapi aku tangguhkan sebab tak mampu dari segi kewangan. RM10ribu kos IVF belum masuk kos ulang alik hospital dari Pahang ke KL.  Oh memang tak berkemampuan.

Kalau tanya apa yang aku amalkan untuk unblock tiub, aku cuma banyak makan buah nenas, minum jus limau nipis/lemon suam tanpa gula setiap hari setiap kali lepas makan, adakala aku makan bawang putih mentah dijadikan ulam makan bersama nasi. Banyak makan buah & sayur segar.. macam tu jela.. berdoa & jangan putus asa itu yang penting.

Selesai saja ujian, nurse pesan pada aku "Doa banyak-banyak ye puan, Inshaa Allah lepas ni ada rezeki puan hamil.."

aamiin...

Allah SWT tunjukkan kekuasaan-Nya..Kuasa "KUNFAYAKUN".. InshaaAllah lepas ini akan teruskan treatment yang lain pula.

Friday, July 25, 2014

Kembali Berputik

Assalammualaikum semua...

Agak lama juga saya tidak meninjau blog ini. Hanya sekadar menjadi silent reader blog orang lain, tanpa tinggalkan komen kerna sering berbicara dengan hati sendiri lalu dengan sengaja membuatkan blog saya ini terus terbiar.

Sengaja ? Ya memang sengaja.. mencari kedamaian katanya.. Yeke ? Macam tak je kan.. huhu

Nak cerita apa pun tak tahu. Banyak kisah yang dilalui tapi nak memulakan penceritaan tu macam dah takde erti. Biar jelah semua itu jadi sejarah.

Saya masih sama seperti saya yang dulu, cuma jiwa kini lebih aman.. Anak ? Masih macam dulu, rezeki masih belum muncul jadi bolehlah kiranya saya kata "Rezeki itu sememangnya tepat pada masa"...

Tak kisahlah ada atau tidak lagi pembaca blog saya ini, kalau tidak sekarang mungkin akan datang pasti ada yang menyinggahkan..

**pause**

Ha ! Tengoklah.. tengah-tengah saya menaip ni pun ada lagi kawan office kacau daun.. Okey kita teruskan..

Lalu apa ya ? ada 2 buah buku yang baru saya ambil dari bilik bacaan office. Buku baru nampaknya. Buku puisi dan cerpen.

Oh tak pernah saya beritahu semua yang saya sukakan puisi-puisi. Terasa indah. Saya memang berjiwa seni sejak dulu. Dulu zaman kanak-kanak dan remaja, saya nekad untuk memiliki kerjaya sebagai penyanyi. Entah kenapa suka benar bidang itu. Acap kali juga saya sertai pertandingan nyanyian dan sememangnya pasti akan menang sama ada tempat pertama, kedua mahupun ketiga. Paling suka muzik berentak tradisional..

Sampailah saya berjumpa dengan suami saya, kira masa itu dia my boyfriend la kan.. Dia agak tegas dengan benda-benda macam ni, kesukaan saya itu dihalangnya, lansung tidak boleh teruskan niat untuk kejar impian tu. Mula-mula rasa terkongkong juga, tapi sekarang bila sudah bergelar isteri, umur semakin meningkat, sudah menginjak ke alam dewasa, saya pasti tindakan dia menghalang saya itu semestinya betul. Pengalaman mematangkan seseorang bukan ?...

**pause**

14/07/2014 sekali lagi saya bertemujanji dengan doktor pakar ginekologi, setelah hampir 10 bulan saya tidak menjengah Klinik pakar sakit puan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh Pahang tu. Kali ni Dr. Samsir yang seringkali merawat saya sudahpun posting ke Hospital Ampang. & Dr. Melati mengambil alih untuk periksa keadaan rahim saya. Okey saja doktor tu nice juga orangnya. Cuma tak banyak yang saya dapat dari temujanji tu sebab doktor kata saya sudah tau segala-gala tentang dunia endometriosis. Jadi dia tak mau terangkan panjang lebar. Choiii ! hehe...

Doktor scan rahim saya, dia bagitau yang endometriosis kembali menyerang. Chocolate Cyst pada Ovary kiri 4cm & Fibroid membesar dari 1.9cm ke 2cm++.. Its okey saya menerima segala kenyataan dengan berlapang dada kerna memang sudah dijangka penyakit ini kembali menyerang saya. Sudah 3-4 bulan saya alami senggugut walau tidak seteruk dulu tapi sakitnya tetap sama.

Treatment ? Doktor akan buat HSG kali kedua untuk check tiub fallopio masih block atau tidak sebab tahun lepas result HSG, tiub block kedua-duanya. So peratusan untuk hamil secara natural adalah tipis & hanya kaedah IVF saja yang saya boleh lakukan. Masih tak mampu saya untuk kos yang berpuluh ribu tu.

Kemudian saya akan dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan untuk menjalani pembedahan laparoscopy (just tebuk perut je). Okeyla sebab tahun lepas saya bedah kaedah laparotomy (bedah besar macam bedah bersalin baby tu). Hari-hari melihat parut 16cm panjang melintang diperut. Bentuk seperti bibir "smile".. huhu.. Kenangan terindah sedang dilukis. Masih diuji walau tau diri bukanlah gagah namun Ya Rabb lebih tahu kekuatan ku ini. 

**pause**

Saya hentikan cerita sampai disini. Nanti saya update lagi Inshaa Allah. (n_____n)