Dulu masa zaman hingusan, ada seorang kawan aku bagitahu kalau nak hubungan cinta kekal lama jangan bergambar berdua banyak sangat. Nanti hubungan cinta tu akan putus cepat. Oh betul ke?
Baiklah mari aku kupaskan idealogi lapuk ini untuk korang baca. Masalah tersurat disini ialah "Tidak digalakkan bergambar bersama kekasih yang anda cintai"...dan Masalah tersirat ialah " Jawapan sebenarnya kenapa tidak digalakkan bergambar bersama dan boleh jejaskan hubungan"....
Mudah saja. Pertama kau adalah budak hingusan. Jadi janganlah menggatal nak bercinta bagai nak rak. Kedua kau dan kekasih bukannya ada hubungan halalan toyyiba lagi dalam Islam. Jadi jangan pandai memandai-mandai nak duduk rapat-rapat apatah lagi peluk-memeluk dan cumbu-mencumbui semata-mata dijadikan kenangan gambar. Ketiga kalau hubungan cinta itu putus ditengah jalan sama ada cepat atau lambat, bermakna bukan jodoh kau lah tu.
Jadi jangan kerana hubungan putus, gambar disalahkan. Mengarut sehhh!!! Padahal boyfriend kau memang dasar buaya darat spesis tembaga..atau mungkin kau pulak jenis perempuan tak cukup pakwe sorang...Kalau ada pakwe ramai maka kau perasan kaulah minah paling meletop kat kawasan perumahan tu..
Jadi alasan punca hubungan cinta boleh putus gara-gara bergambar memang tak boleh pakai...
Itu saja kupasan aku hari ini...terima kasih....
p/s : Kupas isu tah pape...baik tolong mak kupas bawang....
2 comments:
Kalau pompuan tu bukan jenis tak cukup pakwe sorang pun, mungkin dia jenis yang psiko sampai lelaki takut. Betul tu awk. Takde kena-mngena, mcm hadiahkan kain jugak. Bergambar masa kaple takelok sebenarnya. Sebab bila dah bergmbr mcm suami isteri, pastu kalo break up kan malu. Pastu skrg jadi trend org buat pre wedding kan? *hehe. termasuk saya. Tapi tak pegang2 la. Kekek.
owh betol sangat tu kak.. kalau maz pun elakkan bergambar selalu nie klu kate ade sumone nanti.. klu boleh tak mo publickan dia kat mane2 laman ssial.. buat diam jer.. bila kawin jempot.. surprise sket.. :)
Post a Comment