Wednesday, March 28, 2012

Mahu Kaya ? Jangan Kerja Kerajaan !!!



Siapa dikalangan kita tak mahu hidup kaya ? Semua manusia nak kaya raya hartakan. Tapi yang aku lihat sekarang ni ramai mahu minta kerja Kerajaan supaya dapat hidup senang. Dulu aku pun fikir macam tu jugak.

Tapi bila dah rasa sendiri macam mana kerja kerajaan ni, taulah susah payahnya. Bagi aku kalau kamu berangan nak hidup senang dengan kerja kerajaan, tak payah mimpi lah. Tak senang mana pun.

Sebab itulah kebanyakan staff kerajaan bukak perniagaan. Tapi bukan atas nama dia orang sendiri. Mereka daftar dengan SSM atas nama isteri, anak-anak, sedara mara atau sahabat handai yang tak terlibat dengan goverment.

Sebab kami kakitangan kerajaan (kalau tak silap aku) tak boleh memiliki perniagaan atas nama sendiri. Makanya terpaksa pinjam nama orang lain dan kalau nak menjalankan apa-apa pekerjaan sendiri pun kena minta kebenaran ketua jabatan @ majikan terlebih dahulu serta tidak mengganggu tugas hakiki.

Kami pun kena isytihar harta atau aset yang kami ada 5 tahun sekali. Isytihar ni bertujuan supaya harta yang dimiliki tidak meragukan.

Contohnya kalau seorang staff goverment pakai kereta toyota alphad yang harga suku juta tapi hanya berjawatan pembantu tadbir (kerani) sahaja serta isteri tidak bekerja.

Adakah logik seorang staff goverment itu membeli aset yang mahal dengan kadar gaji bulanan 1K je sebulan ? ia adalah meragukan. Berkemungkinan staff tu terlibat dengan rasuah @ pecah amanah. Bukan setakat kena isytihar harta milik sendiri malah isteri & anak2.

Sebab itu, kalau kamu mempunyai mentaliti mahu jadi kaya, aku sarankan janganlah berangan nak kerja kerajaan. Banyak lagi sebenarnya peraturan dalam kerajaan ni. Ingat senang ke?

Baiklah kamu bukak bisnes sendiri, sendiri majikan, sendiri pekerja, apa2 risiko sendiri tanggung. Daripada kerja kerajaan, pegawai atas salah guna kuasa, kita bawahan terbabit disoal siasat sama dengan SPRM. Tak pasal-pasal kita pulak dijadikan kambing hitam.

Apakedehal ? Faham maksud aku kan? Lagipun 9/10 rezeki tu dari perniagaan. Jadi apa nak takut dengan risiko.

Ramai cakap kerja kerajaan ada pencen. Masa tua senang. Senang sebab dapat duit bulanan je. Tapi berapa sangat duit pencen tu. Kadar ekonomi meningkat. Harga barang naik selalu. Tak senang jugakkan?

Ramai jugak cakap kerja kerajaan senang kalau sakit masuk hospital free. Hek kamu free!! Masuk wad hospital kena bawak surat GL jugak (GL ialah surat pelepasan) benda ni rekod dalam buku perkhidmatan. Bila pencen nanti ganjaran kena tolak untuk bayar balik caj hospital tu. Jadi mana yang senangnya? Sama je.

Yang senang ialah buat hutang dengan bank. Cepat je lulus. Orang bank pun "senyum lebau" je..tu ye senang. Tapi senang tambah hutang tak elok jugak.

Gaji kerja swasta sebenarnya lebih besar dari kami ni. Kamu tiap tahun naik gaji berapa? Kenaikan gaji tahunan kami tak sampai RM100 pun. Bonus kadang ada kadang takde. Kalau ada pun sebulan gaji dan 2 kali bayar..hahaha (Lawak Ke Der?)

Kamu "BrainWash" baliklah..aku malas nak cakap banyak..kang aku kena boikot pulak...



p/s: "Barangsiapa tanya kenapa aku kerja kerajaan, aku send virus"


15 comments:

skuterlady.blogspot.my said...

ye betuuulllllll....! saya setuju dengan pendapat kamu. sape2 nak kaya, sila keje sendiri...wat bisnes..

ramai senior2 kami kat sini pon cakap camtu gak..

CINTA UNTUK KITA said...

y akak keje gov? hehe ops!! jgn send virus..ampun..hehe

btw, kyra pun ada dpt twran krjaan tp tu la gji ny lgi skit dr gji kyra skrg..hmm.. tgh tgu srt smpai uma but tak decide lg nk tme tak..mcm tak nak coz takut tak bleh survive..

Syida Muhajir said...

Harus difikirkan dengan lebih mendalam untuk yang mengejar kekayaan. Syida dari blog abg ben meloncat ke sini.

LydSunshine said...

Betullah tu makwe kintan. Kalau ada hati nak jadi kaya, jangan ada hati nak kerja kerajaan sampai tua. Pendekata, asalkan kerja makan gaji, tak kira la kerajaan ke tak, memang payah nak kaya. Btw. kenapa makwe kintan kerja kerajaan? Larikkkkkk....

Makwe Kintan said...

ada aku sebar virus jugak ni...^__^

♥ sitifarhana ♥ said...

wahh...sy mmg bercita2 nak masuk kerja gvrnment kalau bole tw...tp stil tak dpt lg..hehe..

kalau nak kaya mmg la tak bole,tapi masa depan terjamin..ekeke :P

♥ sitifarhana ♥ said...

wahh...sy mmg bercita2 nak masuk kerja gvrnment kalau bole tw...tp stil tak dpt lg..hehe..

kalau nak kaya mmg la tak bole,tapi masa depan terjamin..ekeke :P

missina said...

eh ye ke dia akan potong ganjaran nanti bil2 spital tu?tak tahu plak,,nanti nak tanyalah senior mana yg dah pencen tu,,

Parin's wife said...

PERNAH DGR PASAL POTONG GANJARAN UNTUK GL TU..TAPI SAYA DAH CONFIRM DGN JPA..TAK TOLAK PUN..ADA STAFF YG SAKIT BULANAN BLANJA 3K, KALAU TOLAK LPS PENCEN SILAP2 SATU SEN PUN TAK DPT GANJARAN ATAUPUN BERHUTANG LAGI DGN KERAJAA..JADI JGN RISAU..TAK TOLAK GANJARAN OK..SAYA SETUJU,KALAU NK MERASA GAJI LEBAT,BONUS MASYUK,BOLEH BELI BENDA IDAMAN, JGNLAH KERJA KERAJAAN..PEGAWAI MCM MANA PUN GAJI TAK SETANDING SWASTA KECUALI KAU JUSA.SAMA ADA PERLU BERSEDIA DGN PERATURAN KERJA SWASTA YG KETAT ATAU TAK ITU AJE..KALAU SUKA RILEKS,PONTENG KEJE,MERAYAP,SELALU HALF DAY,DTG LEWAT,KERAP MC...HAAA KEJELAH KERAJAAN ;)

Makwe Kintan said...

Yeke..tp kwn sy kje bhgian pencen di JPA. Dia ckp mmg akan potong GL trmsuk MC. Cuma benda ni adalah kerahsiaan. Kalau dihebah takut jd kecoh. Tp xtaulah klu xbetul jgk.hehe...^__^

syahrir said...

dh resign keje kerajaan ke blum?
Try la keje swasta tengok. hihi.
Pekerja gomen yang buka busnes sndri pon wat personal loan gomen..leh bayar belasan/pulohan tahun. Kalo pekerja swasta maksimum leh wat loan pon 5 tahun dengan interest yang tinggi.Bersyukurlah dapat kerja gomen, xde risiko kena buang kerja 24jam.
pss..wife keje gomen, i keje swasta.

Makwe Kintan said...

Hahaha..klakarnya syahir..nmpknya ade yg xpaham mkna entry aku ni..aku tuju pd org yg berangan nk kaya..tp kejar keje gov..kje gov bkn utk jd kaya la...

Sy x resign lg..nk tau nape? sbb sy nk smbg study ACCA lu..nk blaja lbh lg bab accounting ni..& dptkan title Akauntan Bertauliah..klu dh dpt nti lehla sy nk demand kat private..klu ade yg bg salary 5 angka leh sy resign gov..sbb klu akauntan gov yg ada klayakan profesional sprti ACCA pun..gov xkn beri salary 5 angka ok..starting just 2k ++...

maybe u kje kt swasta yg company xmantap kot..sbb tu ckp camtu..cbe klu kje kt Petronas or company yg salary "tip top"..bonus smpai 5 bln gj..rse xkomen gitu kot...maaf ye..

mmg kje gov pyh nk kne buang 24 hour..tp klu tetiba ekonomi negara jatuh..memaksa gov buang pekerja..kne jgk kami..lgpun penambahbaikan sistem SSM trkini..ikut prestasi yg diberi oleh pegawai..klu x ok..maka dinasihatkan bersara awal...sme je cm private...

nk kaya bisnes je..untung nasib atas usaha sndiri..mmg kita kne bersyukur dgn pe yg kita ada..tp jgn cpt brpuas hati dgn apa yg kita capai skang..nk brjaya prlu ada sikap tak sabar..

tak sabar camne ye? tak sabar nk majukan diri sndiri..usaha keras..seiring doa & tawakal pd-Nya..insyaallah berjaya...=) & yg paling penting jgn "BELA" sikap hasad dengki dgn kelebihan org lain..smpai ble pun kita xkn maju...

akukeje gomen je said...

KAYA RAYA PUN BUKAN BOLEH DIBAWA SAMPAI KAT DALAM LUBANG KUBUR...DIA ATAS DUNIA JE YG KAYA... TP KALU X KAYA IMAN X DAK GUNA JUGAK...JD MACM NASI SUDAH CUKUP SEDERHANA SAJA...X KAYA X MISKIN....KEJE GOMEN LBH KURANG CM TU LAH JUGAK..X KAYA X MISKIN.....

akukeje gomen je said...

x perlu lah nak kaya raya sangat...hidup sederhana pun dah dikira cukup...macam nabi ajar....nabi pun hidup sederhana jer...x kaya x miskin.....kejar kekayaan di dunia pun x dak guna jugak kalau kekayaan diakhirat dibiarkan.....keje gomen ni biasa2 je...x kaya x miskin...lbh senang lg sederhana jer....nabi pun suruh kita bersederhana dlm apa jua termasuk dlm mencari harta benda....klu berlebihan takut nanti timbul pulak rasak riak...dan sebagainya..jd aku bersyukur dgn apa yg ALLAh dh bagi kpd aku sekeluarga.....

IslamHebat said...

Sape yang nak bangunkan orang Islam bukan orang Islam sendiri. Tapi kalau orang Islam sendiri tak kaya, nak bangunkan macam mana.

Salah pendapat nabi suruh sederhana dalam mencari harta. Kalau tidak takkan keluar hadith, mencari harta ibarat hidup selama2nya, beribadat ibarat akan mati esok hari.

Orang yang cakap 'Bersederhana' mencari harta tu hanyalah orang2 yg lemah dan tidak bercita2 tinggi.