Setiap pasangan suami isteri menginginkan zuriat yang soleh dan baik. Aku juga begitu. Sudah hampir 2 tahun aku mendirikan mahligai bersama suami. Namun masih lagi belum dikurniakan zuriat daripada Ilahi. Kerana aku tahu yang anak itu amanah-Nya yang mesti dipelihara sebaik-baiknya. Semua ibu dan bapa juga mengimpikan anak-anak yang baik.
Namun aku mempunyai impianku sendiri. Aku mahu anakku kembar dan lelaki. Jika suatu hari nanti, Allah SWT memakbulkan doaku untuk hamil kembar lelaki, maka aku akan namakan anak-anak itu MUHAMMAD JIBRAIL & MUHAMMAD MIKAIL.
Bukan itu sahaja, malah aku akan cuba terapkan kepada anak-anakku supaya minat menyertai bidang ketenteraan dewasa kelak. Untuk berjuang pertahankan Agama, Bangsa & Negara. Kalau boleh biarlah mereka menjadi juruterbang pesawat pejuang TUDM.
Muhammad bermaksud Yang Terpuji. Ia juga merupakan nama kepada Rasul dan Nabi yang terakhir. Jibrail pula ialah malaikat yang menyampaikan Wahyu Allah SWT kepada para rasul. Perihal lanjut Malaikat Jibrail anda baca SINI. Mikail ialah malaikat yang menyampaikan rezeki. Perihal lanjut Malaikat Mikail pula anda baca SINI.
Akan tetapi impian aku yang terbesar ialah supaya ada dikalangan keturunanku dari anak cucuku termasuk dalam golongan orang-orang soleh yang memperjuangkan dan menegakkan Islam di bumi ini. Aku sentiasa berdoa supaya akan ada dikalangan anak cucuku yang akan meyertai Panji-panji hitam yang keluar dari timur membawa kalimah Lailahaillallah pada akhir zaman nanti bersama Imam Mahdi dan disaat Nabi Isa Al Masih anak Maryam diturunkan kembali ke bumi untuk memperbetulkan akidah kaum Nasrani dan umat Islam serta umat manusia yang sudah jauh tersesat serta menghapuskan Dajjal dan kuncu-kuncunya sebelum tiba hari kehancuran.
Kerana impian inilah aku berjanji kepada diriku sendiri jika aku dikurniakan anak kembar lelaki maka akan aku didik dan berikan ilmu agama secukupnya kepada mereka. Fardu ain dan fardu kifayah akan aku seiringkan supaya ilmu-ilmu itu diperturunkan kepada keturunanku nanti. Aku sanggup korbankan harta dunia semata-mata untuk pendidikan anak-anakku kelak.
Aku tahu semua ini hanyalah perancangan aku sahaja. Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui kemampuan hamba-Nya. Namun jika aku dikurniakan anak selain dari impianku itu. Aku tetap akan bersujud dan bersyukur akan nikmat-Nya. Wallahualam...
3 comments:
sy pun nak anak kembar.. ^_^
semoga impian kita semua di makbulkan....aminnn..:)
teringin baby kembar sepasang (boy + girl)....cam aunt n unlce rietta...
Post a Comment