Mungkin isu ni dah basi dan lapuk dek ditelan isu Fasha Sandha yang disahkan hamil 2 minggu. Tahniah Fasha & Welcome to Mummy Club.
Tapi bukanlah aku nak kupas isu si Paca Sandarrr...
"I Saman U MK !..U sengaja salah eja nama I tau..huh"... Alamak Fasha sound aku lah...hahaha
Berbalik pada story asal...Yatt berubah sebab dah dapat petunjuk daripada Allah swt. Alhamdulillah bukan semua antara kita dipilih oleh Yang Maha Esa untuk ditunjuki-Nya. Yatt antara yang terpilih dan bertuah..
Kita pula bagaimana ? Dimana petunjuk buat kita..Allah swt memberi petunjuk kerna Dia masih sayangkan hamba-Nya.. Namun dimana petunjuk buat kita ?
Sebenarnya petunjuk Allah swt sudahpun berada dihadapan mata. Nah ! lihat saja kejadian disekeliling kita. adakah kita memikirkannya?
Dulu aku juga seperti kamu. Seperti yang macam mana ? Tidak menutup aurat kerana mahu berfesyen uptodate & selalu melalaikan solat.
Tiap kali ibu ku bising aku pekakkan telinga & keraskan hati.
Namun aku sudah berubah. Dan terus berusaha untuk berubah. Gara-gara mimpi. Mimpi apa? Sudikanlah membaca ENTRY INI...baru kalian mengerti mengapa aku berhijrah.
Semasa aku bercinta dengan suamiku sebelum menikah, dia banyak mengajar aku ke arah kebaikan. Setiap kali dia ke Kelantan atau Terengganu kerana tugasan. Pasti dia belikan aku tudung bawal.
Disuruhnya aku berbaju kurung tiap kali keluar berdating. Katanya aku lebih manis jika bertudung & berbaju kurung. Menutup aurat itu tuntutan syarak. Dia kata berfesyen tidak salah, namun perlu ikut tatacara agama kita.
Alhamdulillah sokongan dialah yang menyebabkan aku berubah. Kini dia suamiku. Dan aku sayangkan suamiku. Syukur pada-Mu Tuhan atas petunjuk-Mu..
4 comments:
'Aku' tu merujuk kepada Yatt atau awk MK? Hehhe. Untung tau dapat suami yang boleh ajak kepada kebaikan.
Yatt ni cantik la bila bertudung. Muka dia terus terserlah. Sama mcm Irma hasmi. Lepas bertudung baru saya perasan kewujudan dia dalam industri hiburan msia.
baru perasan?...wahhh leh saman ni...Yatt saman akak tu...selama ni dia tak sedar kewujudan ko...haha ^__^
dh pkai tudung bertambah comel!! ;-)
wah..suami MK adalah suami yg bertanggungjawab terhadap agama. bagus3...saham akhirat nnt Insya Allah dia akan dpt sama. Cayalah.. :)
Post a Comment