Monday, July 9, 2012

Kerjaya : Graduan Terlalu Memilih Atau Tidak Pandai Berdikari ?


Zaman sekarang ini rakyat Malaysia dah ramai yang bijak mengatur masa depan sendiri. Tapi tak semua golongan muda masa kini tahu bagaimana nak mencorak kehidupan mereka sendiri. Sebelum aku pergi lebih jauh, aku nak tanya kamu semua yang sudi membaca blog aku ni. 

Berapakah masa korang akan ambil atau pernah ambil untuk berjaya dapatkan kerja tetap ?

Mungkinkah 6 bulan atau setahun atau lebih dari itu ?. Fikirkan sejenak...

Bukanlah aku mahu mendabik dada. Tetapi aku hanya mahu berkongsi pengalaman yang aku ada terutama adik-adik yang sedang belajar di IPT sekarang ini.

Aku hanya pernah menjadi penganggur selama 3 bulan sahaja selepas tamat semester akhir. Aku tamat exam akhir dalam bulan Jun 2008. Pada bulan Julai aku sudah dipanggil Temuduga oleh pihak SPA. Kemudian aku berjaya dalam temuduga tersebut dan ditawarkan kerja tetap dengan Kerajaan.

Mungkin ada yang dapat kerja lebih cepat dari aku. Tapi diantara rakan-rakan yang sama couse dulu, aku adalah orang pertama yang paling cepat mendapat kerja tetap.

Persoalannya bilakah masa yang sesuai untuk mencari kerja terutamanya kerja tetap?

Pada pandangan aku, seorang pelajar itu perlu mengambil inisiatif mencari kerja sejak berada di semester akhir lagi. Seperti aku dahulu, aku mula mencari kerja sejak berada di semester akhir lagi. Kerana aku fikir, jika sudah tamat belajar baru nak mencari kerja kemungkinan akan memakan masa yang lama untuk mendapatkannya. Aku mula mengisi borang kerja seperti SPA, SPA Pahang dan sebagainya serta hantar resume ke merata tempat.

Bagi kerja kerajaan ini untuk menunggu kekosongan memakan masa juga. Sebab itu aku isi awal, bila abis belajar terus dipanggil temuduga. Mungkin ada yang berfikir, kalau tak abis belaja lagi macam mana nak isi borang kerja tu terutama SPA kan?


Aku tidak mengamalkan sikap on demand. Aku isi hanya menggunakan kelulusan SPM sahaja dulu. Kerana pada aku pengalaman itu lebih penting bagi fresh graduate. Apabila sudah ada pengalaman barulah aku mohon naik pangkat berdasarkan kelulusan aku. Dan kelebihan yang kita akan ada jika bekerja bermula dari bawah, kita akan lebih ilmu pengetahuan daripada yang terus dilantik mengikut kelulusan mereka. Kita akan lebih tahu prosedur kerja tersebut kerana kita pernah melakukan kerja tersebut.

Kebanyakan akan berfikir soal gaji bukan ? Yes gaji memang penting tapi jika harapkan gaji sahaja mahu tinggi tapi tak pandai laksanakan kerja tiada gunanya juga. Silap hari bulan dapat maki hamun sumpah laknat dari orang bawahan dan staff yang lain je. Nak ke?

Aku nasihatkan kepada para graduan sekalian, berusahalah mencari peluang yang ada. Jika ada yang kata "Zaman sekarang kerja susah nak cari sebab terhad" . No, you are wrong my dear !!! Kerja di negara kita ini masih banyak kekosongan. Cuma anda perlu pandai rebut peluang & cari peluang. Jangan amalkan sikap suka menangguh untuk mencari kerja. Kononnya lepas abis belajar nak duduk rumah dulu bagi relaks otak sebab dah penat belajar 3 4 tahun. 

Ingat masa tidak akan menunggu kita. Peluang tidak akan mengejar kita. Siapa cepat dialah yang dapat. Kalau lambat kita akan ketinggalan. Lagipun sebagai seorang anak wajar kita membalas jasa ibu bapa yang sudah berpenat lelah menghantar kita blajar tinggi-tinggi. Walaupun mereka tidak pernah meminta, namun tanggungjawab seorang anak janganlah kita abaikan. Takkan sudah tamat belajar, kita nak jadi pengganggur duduk rumah. Makan minum mak ayah tanggung lagi ?

Ataupun buatlah bisnes. Kecil-kecilan pun tak mengapa kan ?....

3 comments:

are_lin@yu said...

nice dear betul tu,peluang tak datang bergolek kan..kita yg kena berusaha ;-)

~ miSs rAkinAh ~ said...

bukan senang nak cari keje & bila da dapat tak payah memilih sgt ^__^

hamba said...

salam...rata-ratanya memilih ikut standard bukan senang zaman sekarang ni kita kena bersaing untuk mendapatkan kerja tolak tepi dulu pasal kepuasan