Saturday, September 7, 2013

Apa Guna Sahabat ?


Saat orang lain ada sahabat. Berkongsi suka duka. Menumpang bahu sahabatnya tatkala mengalir airmata. Jujur aku katakan aku tiada sahabat. Kawan ramai tapi sahabat tiada. 

Memang sejak kecil aku tiada sahabat yang aku percaya untuk aku luahkan apa saja. Baru saja mahu cari sahabat, ada saja halnya. Yang tikam dari belakang lagi ada. Tak guna aku ada sahabat. Tempat aku mengadu hanya Allah, ibu ayahku dan Suamiku sahaja. 

Biarlah orang mahu kata apa pun. Aku kenal diri aku siapa. Mereka hanya menilai aku luaran. Tapi mereka tidak merasai apa yang telah aku lalui. Aku cukup bahagia dengan diri aku sekarang. Aku bersyukur dengan apa yang ada. Andai sampai mati aku ditakdirkan tiada sahabat, aku pasrah..tidak mengapa.. 

Pada kalian yang punya sahabat baik, hargai dia. Pada kalian yang telah dilukai hati oleh sahabat, maafkan saja dia. Pada kalian yang telah mengguris hati sahabat, minta maaflah. Kerna perkataan Maaf itu sangat besar ertinya. Dunia ini hanya perlukan orang yang minta maaf & suka memaafkan. Moga kalian & sahabat berkekalan silaturrahimnya. Ukhwah Fillah!

3 comments:

memmetlenggeng said...

cik kinta, sayapun macam tu juga. Agar sukar nak percaya pada org ni, sebab pernah kena sahabat buka keaiban kita lepas tu. Hanya kaum keluarga sahabat saya. Tapi in term best freind, hanya kawan2 sekolahlah kawan terbaik pernah saya ada, sebab kami berkawan sejak darjah satu. Pernah support saya belajar, dan sebagainya. Kalau nak berceritapun tak segan. Tapi bila dah kerja ni, saya tak ada yg real macam sekolah dulu punya. Saya takut

SaL_HaSa said...

As'salam...Saya hanya ada sorang je SAHABAT. Sejak tahun 2008 sy kenal dia sampai skrg dia la SAHABAT SEJATI saya yang kini telah selamat menjadi SUAMI saya. dia lah suami dan dialah jugak sahabat saya. segala rahsia saya mmg dia simpan dan tutup rapat2. Tapi kalau 'kawan2' memang tak sama macam SUAMI kita. sebab kawan2 ni akhirnya akan bercerita pd org lain jgk ttg kelemahan kita... So pada usia sekarang, sy mmg tak ada sahabat dan saya tak perlukan sahabat. Kawan mmg ramai tp sahabat mmg tak ada. cukuplah sekadar kawan sahaja dan cukuplah saya ada SUAMI dan FAMILY yang mnjadi sahahat saya utk selamanya. :)

LydSunshine said...

Nampaknya suami awk la sahabat awak. AKak dulu masa bujang memang sahabat. Tapi bila kawen dah kurang masa nak bersahabat. Sahabat pon jauh2 belaka. So, dgn suami je la akak bersahabat skrg.