Friday, September 13, 2013

Mudahnya Menjemput Rezeki

Sebelum ini memang aku akui, sejak aku kahwin 3 tahun lepas rezeki kami suami isteri tiba-tiba terasa amat payah. Ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Susah nak menyimpan walau seratus ringgit sebulan. Ada ada saja yang perlu kami keluarkan wang untuk bayar macam macam. Ada saja masalah mendatang. Penyakitlah, kerosakan kenderaan lah.. 
Contoh seperti motor suami aku.. Banyak kali dah repair tapi esoknya rosak semula. Tayar hari ni dah tukar tiub baru sebab pancit, esok pancit semula. Ada saja yang tidak kena. Kami seperti hidup dalam keadaan tekanan. Kami cari juga punca tapi tak juga jumpa. Bayangkan 3 tahun rumahtangga kami seolah-olah menderita. Sehingga baru-baru ini.. Adik aku beri aku satu buku untuk aku baca. Buku "Mudahnya Menjemput Rezeki" penulisnya Fathuri Salehuddin.

Pada muka surat pertama lagi aku sudah tertarik dengan buku ni. Memang banyak manfaat yang boleh dijadikan panduan hidup. Aku taknak cerita panjang. Aku nak kalian semua yang belum baca buku ini, sila cari atau beli & baca tau..series aku & suami dah amalkan apa yang disarankan oleh penulis. Memang betul-betul berkesan. Sekarang rezeki kami murah melimpah ruah Alhamdulillah. Hati jadi tenang. Hidup walaupun tak kaya tapi senang. 

Antara perkara yang disarankan oleh penulis ialah :- 

1.   Menjemput Rezeki Dengan Mengutamakan Solat
2.   Menjemput Rezeki Dengan Solat Tahajud
3.   Menjemput Rezeki Dengan Solat Dhuha
4.   Menjemput Rezeki Dengan Zikir
5.   Menjemput Rezeki Dengan Doa
6.   Menjemput Rezeki Dengan Mendoakan Orang Lain
7.   Menjemput Rezeki Dengan Sedekah
8.   Menjemput Rezeki Dengan Membaca Al-Quran
9.   Menjemput Rezeki Dengan Asma' ul-Husna
10.  Menjemput Rezeki Dengan Bersyukur
11.  Menjemput Rezeki Dengan Tekun Berusaha

Sebelum ni kami buat yang wajib je. Ibadat yang sunat buat juga tapi tidak istiqomah. Bila dah baca buku ni baru tau rahsia murah rezeki. Setiap hari amalkan 11 perkara ni. Alhamdulillah sudah mula membuahkan hasil. Memanglah kita kena ikhlas dalam beribadat. Tapi sebagai manusia kita kena berusaha untuk dapatkan ganjaran Allah SWT. 

Kerna bila Allah berjanji Dia pasti akan tunaikan. Tak seperti janji dengan manusia yang kadang-kadang susah nak ditunaikan. Betul tak ? Kalau kita hari-hari merintih dengan orang, semakin lama orang akan benci pada kita. Tapi kalau kita merintih meminta dengan Allah setiap hari, semakin lama Allah semakin sayang. Sebab Allah memang nak kita mengadu pada Dia. 24 jam Allah sentiasa dengar rintihan kita tu.

Yang paling kami sentiasa amalkan ialah Solat Dhuha setiap pagi serta bersedekah dalam tabung masjid setiap hari. Sebelum pergi kerja aku akan bagi duit pada suami & suruh dia tolong masukkan dalam tabung masjid. Sabtu & Ahad pun begitu.  Suami aku ni kena pesan hari-hari. Sebab dia selalu lupa. Sibuk je memanjang. Aku yakin dengan janji Allah SWT dalam firman-Nya “Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada Hari Kiamat), maka baginya (balasan) 10 kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya sedang mereka tidak dianiaya (sedikit pun).” (Surah al-An‘am, ayat 160)

Ya maksud ayat ini kalau kita buat 1 kebaikan Allah akan balas 10 kali ganda pahala & kalau kita buat 1 kejahatan Allah akan membalas 1 dosa. Allah SWT maha pemurah lagi penyayang.

Allah swt juga sudah berjanji. Jika kita membelanjakan harta ke jalan Allah , maka Allah akan memberi rezeki berlipat kali ganda serta rezeki yang tidak kita sangka. Antaranya bersedekah.

Pernah bulan syawal baru ni. Aku beri suami RM5 supaya dimasukkan dalam tabung masjid pagi tu. Padahal masa tu aku memang tengah susah. Duit kurang dalam poket. Kami tengah ada masalah yang memerlukan kami keluarkan duit. Tapi aku yakin juga pasti Allah beri akan aku rezeki nanti. Kemudian aku ke office memulakan rutin macam biasa. 2 jam saja, tiba-tiba Allah menunaikan janji-Nya, Ada kawan beri RM50 kerana terhutang budi pada aku menolongnya tempoh hari. Aku taknak sebab aku ikhlas membantu. Tapi dia nak juga aku ambil walaupun nilai RM50 itu lebih kecil dari pertolongan aku padanya. 

NAH !! Allah sudah tunjukkan kekuasaan-Nya. RM5 dibalas RM50. Tak sampai 24 jam pun Allah sudah balas.... Betulkan 1 kebaikan 10 kali ganjaran ? Aku yakin 200% dengan janji Allah.

Apa lagi kalian fikirkan ? Jom baca buku ni.. Marilah sama-sama kita mengamalkan 11 perkara diatas secara istiqamah. Semakin banyak kita beribadah, semakin luas rezeki kita. Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT. Semoga Allah SWT memberkati usaha kalian.


5 comments:

Shazrina said...

ALHAMDULILLAH...kalau sudi rajin2lah kongsi isi menarik lain dalam buku ini...

Sofea Razali said...

Assalam puan yang dirahmati Allah, tertarik dengan kisah Puan, saya panjangkan kisah puan ini di fan page Himpunan Cerita Mudahnya Menjemput rezeki : https://www.facebook.com/pages/Himpunan-Cerita-Mudahnya-Menjemput-Rezeki/630771510319874

Harap kita dapat menyambung siraturahim puan, banyak pertanyaan yang ingin saya utarakan kpd puan...boleh tak puan beri saya email? terima kasih puan :)

Sofea Razali said...

Assalam puan yang dirahmati Allah, tertarik dengan kisah Puan, saya panjangkan kisah puan ini di fan page Himpunan Cerita Mudahnya Menjemput rezeki : https://www.facebook.com/pages/Himpunan-Cerita-Mudahnya-Menjemput-Rezeki/630771510319874

Harap kita dapat menyambung siraturahim puan, banyak pertanyaan yang ingin saya utarakan kpd puan...boleh tak puan beri saya email? terima kasih puan :)

Sofea Razali said...

Assalam puan yang dirahmati Allah, tertarik dengan kisah Puan, saya panjangkan kisah puan ini di fan page Himpunan Cerita Mudahnya Menjemput rezeki : https://www.facebook.com/pages/Himpunan-Cerita-Mudahnya-Menjemput-Rezeki/630771510319874

Harap kita dapat menyambung siraturahim puan, banyak pertanyaan yang ingin saya utarakan kpd puan...boleh tak puan beri saya email? terima kasih puan :)

Anonymous said...

Alhamdulillah,kisah yang menarik..mmr memang terbaik