Friday, February 21, 2014

Endometriosis Diet

Endometriosis Diet

Ramai yang mesej aku tanya bagaimana aku boleh sembuh dari penyakit endometriosis. Sedangkan ramai lagi diantara kami ni yang masih bertarung dengan penyakit ini. Berbulan-bulan malah ada yang bertahun-tahun. Ada juga sudah lebih 2 kali menjalani pembedahan buang ketumbuhan endometriosis ini. Tetapi masih lagi belum sembuh kerana endo mereka berulang kembali.

Well, aku pun tak pandai nak bagitahu sebenarnya. Tapi yang aku boleh kongsikan salah satunya ialah pemakanan. Perlu diingat pemakanan yang sihat amat penting untuk penghidap endometriosis. Untuk meningkatkan imunisasi tubuh melawan dan merawat penyakit. Sebab itu pemakanan sihat dan seimbang amatlah penting bagi penghidap endo. Walaupun aku telahpun disahkan sembuh akan tetapi aku masih lagi menjaga pemakanan seharian aku. Kerana endometriosis ialah penyakit yang berisiko berulang selagi wanita tersebut mempunyai haid. 

Nah di atas itu antara carta pemakanan yang saya amalkan selama ini. Setiap hari saya juga akan minum limau nipis suam tanpa gula selepas makan. Anda juga boleh gantikan buah lemon atau nenas untuk dijadikan jus harian itu. Limau, lemon dan nenas kaya dengan vitamin C yang mampu merawat endo dan mencegah endo dari berulang. Anda boleh baca gambar diatas dan jangan lupa amalkan ye. 

In shaa Allah kesungguhan kita berusaha merawat penyakit ini pasti akan dibalas juga dengan kesembuhan dari Allah SWT. Yang penting jangan putus asa. Berdoa bersungguh-sungguh kerana setiap penyakit itu datang dari Allah SWT dan Dia juga yang memiliki penawar-Nya.

Oh ye, aku juga mahu kongsikan apakah supplement yang boleh diambil oleh penghidap endometriosis. Antaranya lihat gambar di bawah ye.

Vitamin Untuk Endometriosis
 
Aku tak ambil semua sekali supplement ini. Yang aku amalkan hanyalah vitamin C dan B sahaja. Lebih bagus jika anda ambil vitamin E sekali. Semasa tempoh rawatan lucrin dulu aku ambil calcium juga. Sebab semasa rawatan tersebut, tulang kita akan kehilangan kalsium tau. So akan rasa sakit-sakit tulang dan badan serta cepat letih. Kepada penghidap endo yang sedang mengambil rawatan lucrin atau zoladex tu bolehlah amalkan vitamin calcium sepanjang tempoh rawatan tu. 

Perlu dingat lagi, penghidap endometriosis tidak digalakkan mengambil supplement yang mempunyai kolagen. Kerana kolagen berkaitrapat dengan estrogen. Ia boleh meransang meninggikan estrogen dan mempercepatkan pembesaran endo. Malah ia boleh mengakibatkan pendarahan teruk semasa kedatangan haid. Saya cakap berdasarkan pengalaman saya dulu semasa saya amalkan supplement yang ada kolagen. Maybe lain tubuh lain pula imunisasinya.

Anda juga boleh mengambil krim cara sapu atau pil cara makan progestrone yang banyak dijual difarmasi atau dipasaran luar. Ia boleh meningkatkan hormon progestrone anda, sekaligus mengawal tumbesaran endo dan boleh mengecilkannya. Kita pesakit endo ini mempunyai hormon progestrone yang rendah dan estrogen yang tinggi. Kerana itu endometriosis adalah salah satu penyakit berkaitan kesuburan. 

Bagi penghidap endo yang telah berkahwin, peluang untuk hamil itu tipis selagi ada endo dan hormon estrogen & progestrone ini tidak seimbang. Jika berjaya hamil pun, risiko untuk keguguran berlaku di trimester pertama adalah tinggi. Makanya berusahalah untuk seimbangkan kedua-dua hormon tersebut. In Shaa Allah rezeki itu datang dari Allah, tepat pada masa, tidak akan tercepat atau terlewat walau untuk sesaat.

Dan lagi satu yang penting kawal stress anda. Aku akui memamg sukar untuk kita menangani stress. Aku pun sekarang masih lagi stress kadang-kadang. Hidup kita tak boleh lari dari masalah. Tapi untuk menjadi bahagia dan tenang itu adalah pilihan. Pilihlah untuk happy walau kita dilanda masalah. 

Kalau kita tidak cuba kawal stress, hormon estrogen kita akan meningkat & menjadi lebih tinggi, serta ia akan mempengaruhi endo dengan menjadikan endo kita lebih cepat membesar. Ingat tau !.. cuba bertenang dan tersenyum sentiasa.. In Shaa Allah kita akan peroleh bahagia.. bye dear.. I Love You All Endo Sisters .. Never Give Up ! (n_________n)

p/s: "Selalu Berfikiran Positif"

1 comment:

Arisya sweet said...

trima kasih atas perkongsian sis ..
mintak izin share ye..
utk info bersma ..