Monday, March 26, 2012

Usin Bunga ... TERBAIK !!!

Kredit Pic dari blog Benashaari.com
" Ada kerja adalah duit, takde kerja takdelah duit, takde duit mintak dengan Mak Ngah..Bank Mak Ngah Bank Termengah - mengah "

Dialog ni memang aku tak tahan betul dengar zizan cakap. Berguling-guling aku ketawa tengok drama ni..suami aku pun tak habis-habis gelak..payah nak buat suami aku tu ketawa.

Dia series orangnya. Tapi lawak zizan boleh buat dia ketawa. Maknanya bestlah cerita ni..

Bagi aku satu lagi drama terbaik yang  berjaya tawan hati aku selepas Warkah Cinta Mat Rock.  hadoi...aku tak payahlah terangkan sinopsis cerita ni...lagipun ramai dah tengok kan...

Aku harap akan banyak lagi cerita melayu yang boleh bikin gempar satu Malaya...


p/s : " TERHIBUR "

Cuci Gigi Lah Sangat !



Pagi tadi aku ada appointment dengan Doktor Gigi di klinik pergigian kerajaan. Nak buang karang gigi yang sudah berabad pada celah-celah gigi ni...sebenarnya ni lah first time aku pergi cuci gigi (aduh kantoi)...

Korang mesti bayangkan gigi aku yang kuning pekat dan berlumut ye dok...hehehe...aku taklah sehabat tu (bahasa pahang maknanya pengotor)...berus gigi 3 kali setahun eh tak la...sehari...
Masa datang buat check minggu lepas doktor cakap gigi aku okey..sihat cekononnye...takde yang berlubang dan tak kena tampal pun...so kena buat temujanji datang pagi tadi...lama jugak ye cuci gigi...ada jugak setengah jam...

Tapi ngilu tak dapat nak cakap lah...rasa nak tepis-tepis je tangan doktor tu masa dia cuci gigi aku...rasa macam kena gergaji gigi...darah banyak keluar...geli geleman lah...entah-entah aku ada tertelan darah dan karang gigi tu...euwww...redha jelah...


Penat woi nganga mulut setengah jam...pastu kena pulak pegang penyedut air liur...tangan aku ni ikut je mana doktor tu tarah gigi aku...bagi air disedut oleh penyedut tu...doktor pulak tolak tangan aku pelan-pelan...Nasib dapat doktor baik...lembut pulak tu...Dr. Athirah...suara halus je...kalau dapat doktor ganas konfem koyak rabak mulut aku agaknya...hahaha pepandai je tambah ayat unsur negatif...doktor baik sumer...mana ada kejam-kejam ni...sebab tu dia orang jadi doktor...

Bila dah siap Dr. Athirah pun berpesan..."Lepas ni bila minum air sejuk akan rasa ngilu. Tapi seminggu je. Jangan lupa kumur dengan air suam campur sudu teh garam. Untuk kurangkan ngilu & darah. "...

"Baiklah doktor"...hehe...untuk korang jangan lalai jaga gigi ye..kalau gigi rosak kena cabut senyum pun 'manis' je...

aku ada satu petua untuk share dengan korang...kalau taknak gigi cepat rosak ...lebih afdal gosok gigi dengan berus periuk atau berus jamban..konfem bersinar-sinar gigi korang ibarat kedipan bintang dilangit...tu pun kalau nak ikutlah...aku tak kisah...kahkahkah...


"Cantik tak Gigi I ?"



p/s : " Dr. Athirah pakai vizer masa cuci gigi aku. Tapi bukan vizer helmet motor ye..untuk elak merecik air liur aku kat muka cantik dia...^__^ "

Friday, March 23, 2012

Mari Mohon Latihan Separa Perubatan Tajaan KKM


Rasanya semua dah tau tapi saya tetap nak bagitahu jugak. Kepada adik - adik lepasan SPM yang berminat dalam bidang sains kesihatan, Akak Kintan nak cadangkan supaya anda semua mohon belajar bidang sains kesihatan yang ditaja oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Jika anda mahu menjadi pelatih KKM ini ada beberapa bidang yang boleh anda pohon bertaraf Diploma dan Sijil.

Antara latihan yang dijalankan ialah :-

1) Latihan Bertaraf Diploma :-

- Jurupulih Perubatan Anggota
- Jurupulih Perubatan Cara Kerja
- Jururawat
- Jururawat Pergigian
- Juruteknologi Makmal Perubatan
- Juruteknologi Pergigian
- Juru X-Ray
- Penolong Pegawai Farmasi
- Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
- Penolong Pegawai Perubatan

2) Latihan Bertaraf Sijil :-

- Jururawat Masyarakat
- Pembantu Kesihatan Awam
- Pembantu Pembedahan Pergigian

Syarat-syarat kelayakannya untuk adik-adik memohon latihan, biasiswa, Gaji dan tugas-tugas sila layari http://www.spa.gov.my atau http://www.moh.gov.my