Monday, July 30, 2012

Jual Murtabak Tak Ikhlas !


Hai semua. Rasanya lama dah MK tak update blog kan. Almaklumlah bulan puasa ni asyik tak larat je. 

Dah seminggu kita puasa tapi aku baru sekali ke bazar ramadan. Malaslah nak pergi beli makanan 2 3 jenis je. Tapi kena berjalan macam "Penguin". So korang leh bayangkan tak camne jalan penguin tu..leh kan kan kan...hahaha....tu namanya bazar asyik sesak je dengan manusia...haha

Aku selalu idamkan bazar ramadan yang boleh 'drive-thru' macam KFC atau McDonald tu ha..Kan best kalau ada...tak payah bersesak-sesak nak jalan kaki. (Cerewet tol kau MK)

Yang aku nak komplen lagi satu ni hal Murtabak. Aku memang penggemar murtabak. Tapi sekarang ni pejual murtabak macam tak ikhlas je nak jual. Tak best macam masa kecik dulu. 

Nama bukan main lagi "MURTABAK AYAM" "MURTABAK DAGING"..tapi bila aku makan aku takde rasa pun ayam atau daging tu. Yang aku rasa hanyalah kentang, telur dan bawang. Kalau gitu ubah jela nama tu jadi "MURTABAK KENTANG".."MURTABAK TELUR"..ataupun "MURTABAK BAWANG"... jujur jelah tak payah nak wayang-wayang ni.

Dulu masa tahun 1995, aku darjah 2..ayah aku jual murtabak jugak time puasa tau. Tiap malam ayah akan rebus ayam & daging banyak2...lepas tu diarahnya kami adik beradik untuk siat isi daging & ayam tu halus-halus...


Aku tanya ayah kenapa tak beli je yang dah siap proseskan..isi daging & ayam yang dah siap cincang..kan mudah keje..tak payah aku nak siatkan pulak..bayangkan korang siat isi ayam tu masa baru lepas rebus..panas-panas lagi woiii..sakit jari jemari ni tau...lama plak nak abiskan proses menyiat tu..kadang sampai tengah malam baru dapat tidur...wuwuwuuu...sodeh den...

Ayah aku cakap kalau guna isi yang fresh barulah sedap murtabak tu. Nak jual ni kenalah ikhlas...


Tapi memang diakui la masa tu kat Bazar ramadan Murtabak ayah aku paling laris sekali..Ramai pelanggan cakap sedap..Kari yang mak aku buat pun ramai puji sedap..memang berderetlah orang beratur nak beli murtabak ayah aku masa tu...

Tu semua dah jadi kenangan..skang ayah aku tak jual murtabak lagi..penat katanya...pulak...

Bukanlah aku nak puji ayah aku tu..tapi memang penjual sekarang ni asyik fikir untung je...

Aku tau barang mahal sekarang ni...tapi tu bukan alasannya..kepuasan pelanggan pun perlu diutamakan jugak tau...

Apa pun aku doakan SELAMAT MAJU JAYA KEPADA PENJUAL MURTABAK MALAYSIA...hahaha


p/s : "Murtabak Raja kat Kelantan Paling Best Setakat Ni =) "

Tuesday, July 24, 2012

Tak Suka Minum Air


Salam ramadan untuk semua. Korang puasa tak hari ni ? Yang keberapa hari ha..? Eceh tak ingat pulak kau MK. Confemlah hari ke 4 kan.

Bulan-bulan puasa ni memanglah dahaga. Tapi yang jadi masalah pada aku ialah aku ni jenis tak suka minum air. Terutama air masak. Kalau hari biasa tu boleh dikira berapa cawan je aku minum. Kadang nak abiskan sebotol air mineral yang kecik tu pun susah. 

Air kan penting untuk tubuh kita. Nak pulak bulan puasa ni. Kita kena minum air sekurang-kurang 8 gelas sehari right ? macam mana aku nak buang tabiat aku yang tak suka minum air ni ye?

Kalau aku kurang minum air, mulalah aku selalu sakit kencing kotor. Nak kencing perhhh... Tuhan je yang tahu betapa peritnya sakit itu. Tapi still degil tak nak minum air banyak-banyak.

Asyik ke klinik atau farmasi je mintak ubat antibiotik dengan pelawas kencing. 

En. suami pun duk membebel jela kat telinga aku ni. Apa nak buat dah nasib badan ....(padahal sendiri cari pasal..padanlah muka)

Bila kurang minum air masak ni kan..kulit mulalah berjerawat, kusam & kering...ha part ni memang aku tak suka sekali lah..

Termenung depan cermin hadap muka sendiri..persoalkan kenapa kulitku tak cantik. Bibir pun kering...pakai produk bagai tapi kusam je...salah aku jugak tak suka minum air yang banyak..macam mana sistem badan kita nak cuci segala toksik dalam badan ni ha...padan muka aku sekali lagi...sila tepuk tangan..tap tap (sejak guna MaryKay ni oklah sikit muka aku..hehe)

Tapi ada satu air feberet yang paling aku suka minum. Tak kira dimana jua berada. Dirumah atau di kedai makan. Dibandar atau didesa....ini dia.....








TADAA !!!!!!!


Minuman paling bertenaga...hahaha..."Minum Milo Anda Jadi Sihat & Kuat"....

Dari kecik sampai besor...aku memang kurang minum teh, kopi atau pape je air yang sewaktu dengannya...

Sebab tu kawan aku panggil aku "Muka Milo"...asal mengeteh kat kedai makan je wajib order air milo...


Best tak...best tak ?...hehe Milo Tabur ku rindu padamu...........sob..sob..cedih...

Emmm...dapnya dik...sruppp..srupp...


Woi melampaulah kau ni MK!!!..Bulan puasa gini buat entry bodoh pulak...

Nampak sangat aku ni tak tahan dugaan...boleh terkenang-kenangkan air milo...bongoknya akuuuuuu!!!!!



p/s : "entry ini tidak ditaja oleh nestle"

Friday, July 20, 2012

Lawak : Askar Malaysia Yang Paling Berani Di Dunia



Ada tiga platun askar..askar USA..Russia dan Malaysia.

Maka jeneral-jeneral tiga platun tu duduk bersama dan berbual tentang pengalaman mereka dan Jeneral USA ni bertanya..Kita tenguk.., siapa yang paling berani antara tiga platun .

Yang lain dari Russia dan Malaysia memang setuju sangat..

Jadi..dipanggilnya askar USA berpangkat Sarjan..Jeneral tu bertanya..Sarjan ..nampak itu bangunan?

Yess sir..!! Jawab sarjan tu dengan bersemangat.Pergi naik tingkat dua dan terjun dari bangungan tu.. Arah Jenderal USA.

Yess sir..!! Jawab sarjan tu .. Maka mamat askar USA tu pun naik ke tingkat 2 dan terjun tanpa menggunakan payung terjun…patahlah kakinya.

Jeneral Rusia dan Malaysia kata..memang berani askar USA tu sampai patah kaki…

Dan jeneral dari Russia pun berkata Itu tidak hebat sangat..Dipanggilnya askar Rusia berpangkat kapten.maka disuruh naik tingkat 4 dan terjun.. 

jawab kapten tu.. Yess Sir!! lalu bergegas mamat ni naik ke tingkat 4 lalu terjun dgn selambernye ler askar tu…….patah kaki jugak.

Jeneral USA dan Malaysia tergamam.. Fuyooo! Dahsyat tul la selamber je dia terjun

Macam mane ko punya askar Malaysia plak ?...Cabar Jeneral Russia dengan angkuhnya

Jeneral Malaysia pun panggil ler askarnya berpangkat prebet..”kau nampak bangunan tu?” tanya Jeneral tu

“Nampak tuan” jawab askar Melayu tu..

Kata Jeneral Malaysia tu lagi “..kau naik tingkat enam dan terjun dari tingkat enam tu..buleh?”

Maka dijawab askar melayu tu..”..kepala butoh tuan! siapa nak patahkan kaki macam gitu saja tuan..gilo punya Jeneral !!!”

Maka Jeneral Malaysia tu kata kat Jeneral USA dgn Russia 

"kau tengok tu.. askar Malaysia lah yang paling berani…"

Jeneral USA dan Russia bertanya "Kenapa pulak ?"

"Sebab askar Malaysia paling berani melawan. Tu baru pangkat prebet. "Balas Jeneral Malaysia.


p/s :"HAHAHA"