Monday, July 30, 2012

Jual Murtabak Tak Ikhlas !


Hai semua. Rasanya lama dah MK tak update blog kan. Almaklumlah bulan puasa ni asyik tak larat je. 

Dah seminggu kita puasa tapi aku baru sekali ke bazar ramadan. Malaslah nak pergi beli makanan 2 3 jenis je. Tapi kena berjalan macam "Penguin". So korang leh bayangkan tak camne jalan penguin tu..leh kan kan kan...hahaha....tu namanya bazar asyik sesak je dengan manusia...haha

Aku selalu idamkan bazar ramadan yang boleh 'drive-thru' macam KFC atau McDonald tu ha..Kan best kalau ada...tak payah bersesak-sesak nak jalan kaki. (Cerewet tol kau MK)

Yang aku nak komplen lagi satu ni hal Murtabak. Aku memang penggemar murtabak. Tapi sekarang ni pejual murtabak macam tak ikhlas je nak jual. Tak best macam masa kecik dulu. 

Nama bukan main lagi "MURTABAK AYAM" "MURTABAK DAGING"..tapi bila aku makan aku takde rasa pun ayam atau daging tu. Yang aku rasa hanyalah kentang, telur dan bawang. Kalau gitu ubah jela nama tu jadi "MURTABAK KENTANG".."MURTABAK TELUR"..ataupun "MURTABAK BAWANG"... jujur jelah tak payah nak wayang-wayang ni.

Dulu masa tahun 1995, aku darjah 2..ayah aku jual murtabak jugak time puasa tau. Tiap malam ayah akan rebus ayam & daging banyak2...lepas tu diarahnya kami adik beradik untuk siat isi daging & ayam tu halus-halus...


Aku tanya ayah kenapa tak beli je yang dah siap proseskan..isi daging & ayam yang dah siap cincang..kan mudah keje..tak payah aku nak siatkan pulak..bayangkan korang siat isi ayam tu masa baru lepas rebus..panas-panas lagi woiii..sakit jari jemari ni tau...lama plak nak abiskan proses menyiat tu..kadang sampai tengah malam baru dapat tidur...wuwuwuuu...sodeh den...

Ayah aku cakap kalau guna isi yang fresh barulah sedap murtabak tu. Nak jual ni kenalah ikhlas...


Tapi memang diakui la masa tu kat Bazar ramadan Murtabak ayah aku paling laris sekali..Ramai pelanggan cakap sedap..Kari yang mak aku buat pun ramai puji sedap..memang berderetlah orang beratur nak beli murtabak ayah aku masa tu...

Tu semua dah jadi kenangan..skang ayah aku tak jual murtabak lagi..penat katanya...pulak...

Bukanlah aku nak puji ayah aku tu..tapi memang penjual sekarang ni asyik fikir untung je...

Aku tau barang mahal sekarang ni...tapi tu bukan alasannya..kepuasan pelanggan pun perlu diutamakan jugak tau...

Apa pun aku doakan SELAMAT MAJU JAYA KEPADA PENJUAL MURTABAK MALAYSIA...hahaha


p/s : "Murtabak Raja kat Kelantan Paling Best Setakat Ni =) "

3 comments:

CikNana said...

tetiba terasa nak makan murtabak lak..abah kite pun pandai buat murtabak tau.memang kt bazar skng nie lain sikit banding ngn yg buat sendiri.kan..

LydSunshine said...

Betul MK. Bukan Murtabak je yg org jual tak ikhlas. boleh katakan semua la yg berniaga kat param tu hanya nak untung je. Kalau laichikang hanya ada bola2 sagu tu je. Tapi murtabak yg ada rangup2 sedap.

Makwe Kintan said...

Hai akak LydSunshine dh ngidam murtabak pulak...kne suh en suami beli ni..=)