Thursday, September 26, 2013

Ovum - Ovum Saya Dah Nak Keluar


Semalam saya ke temujanji klinik O&G lagi. Saya baru je habis treatment lucrin tapi period tak keluar lagi & untuk check ketumbuhan endometriosis saya.. Alhamdulillah semalam doctor scan perut, dia cakap endometriosis dah "tiada". Kiranya saya sudah bebas dari penyakit tu.. kemudian masa scan doktor terkejut.. macam ada "kantung baby".. doktor suruh saya pergi buat test UPT segera.. saya pun pergilah dengan takde perasaan.. yang ada cuma keliru je.. Yelah dah suntik lucrin susah sikit nak pregnant. sebab ia merendahkan seketika estrogen untuk pengeluaran ovum sepanjang 6 bulan lepas. Memang ovulasi boleh berlaku time lucrin tapi ia sebenarnya berisiko jika pregnant..takut akan effect pada janin je.. 

Result UPT negatif.. its okey.. saya memang tidak mengharap apa-apa untuk masa terdekat ini.. Lepas tu doktor scan ikut vagina pulak. Doktor tanya "Sebelum ni puan ada fibroid ke ?" saya jawab "ada doktor dalam 1cm.. Hari tu operation doktor pakar tak buang ye ?...Doktor tu jawab "haah tak buang sebab fibroid puan kecil lagi..sekarang saiz fibroid tu dah jadi 1.9cm..tapi jangan risau ia masih kecil & ia tumbuh luar rahim..takkan mengganggu kalau puan nak hamil nanti..."   ..Maknanya yang macam "kantung baby" tu sebenarnya fibroid saya.

Okey fibroid sudah bertambah saiz 0.9cm.. Inilah masalah kalau treatment di Hospital kerajaan.. kalau benda tu diaorang rasa kecil & tak berbahaya..diaorang takkan buang..biarkan je..dengan harapan supaya benda tu akan hilang dengan sendiri atau takkan membesar.. Padahal doktor mesti tahu yang fibroid juga memerlukan estrogen untuk membesar...alahai doktor ni..takpelah saya kena berhati-hati untuk masa sekarang..jaga pemakanan & kawal stress...Moga Allah SWT hilangkan ketumbuhan fibroid tu pula seperti Allah sembuhkan saya dari endometriosis...

Kemudian doktor hala scan ke ovari saya.. katanya ada 3 - 4 biji ovum saya yang sedang membesar & akan keluar 2 - 3 hari lagi.. Saiz ovum-ovum tu semalam sudah 13mm.. so ia akan bertambah lagi saiz sehari 2mm.. jadi mungkin ovum-ovum itu akan keluar dengan saiz 17mm - 19 mm... Sebab ovum yang matang & bagus akan bersaiz antara 12mm ke 25mm sahaja..kalau kurang atau melebihi dari saiz tu tanda ovum tak bagus...maknanya saya akan "subur" 2 - 3 hari lagi..memang saya tengok pada screen tu ovum saya besar-besar dah...

Saya hairan juga..bukankah period saya tak datang lagi..macam mana boleh nak subur pulak ni..? biar betul doktor ni kan...Doktor jawablah tu tandanya effect lucrin sudah habis dalam badan saya.. Ovari kembali bekerja dengan berovulasi dahulu..kalau tiada pelekatan baby nanti akan turunlah darah haid saya... Okey penerangan sains yang menakjubkan untuk saya...

Allah sedang tunjukkan Kebesaran-Nya.. Ternyata Dia Maha Besar & Maha Mengetahui.. Dia sebaik-baik perancang.. sebab sebelum ni saya sedih jugak..inject lucrin dah habis tapi period still tak keluar lagi...macam mana nak cuba usaha hamil kan.. rupa-rupanya Allah bagi saya "subur" dulu.. & Allah bagitahu saya jangkaan hari subur saya melalui doktor.. Alhamdulillah.. Masih ada harapan untuk saya teruskan usaha.. Tapi seandainya tak hamil juga kali ni & turun darah haid.. Doktor akan buat HSG semula bulan oktober nanti..kalau tiub fallopio saya tak block maka saya akan buat IUI je..kalau masih block tiub tu maka sudah takdir saya untuk kumpul duit & buat IVF... In Shaa Allah yang penting kita yakin dengan Perancangan Alllah.. Berusaha terus tanpa putus asa.. Nikmati hidup ini & bahagiakan diri sendiri..

Semalam suami saya macam happy je.. apa yang happy sangat tak tahulah...(-_-) .. Tapi saya cakap pada suami..kalau Allah berikan rezeki zuriat untuk masa terdekat ni, mungkin kita boleh dapat kembar. sebab ovum 3-4 biji nak keluar..hihihi itu yang dia happy sangat kot.. impian oh impian.. Moga Allah makbulkan doa kami berdua..aamiin..


Friday, September 13, 2013

Tips Hilangkan Jerawat Pada Muka Dan Badan


Ramai wanita menginginkan kulit yang bersih serta bebas jerawat. Rasanya lelaki pun sama. Ada satu tips yang aku nak kongsikan macam mana nak bebas dari jerawat. Yelah guna produk berbagai-bagai, ada yang sanggup berbelanja ribuan ringgit semata-mata nak cantik right ?

Senang je. Rahsianya "Air Limau Nipis / Lemon Suam Tanpa Gula"..

Aku amalkan minum air ni sebenarnya untuk rawat ketumbuhan endometriosis aku. Ni saranan Dr Hamid Arshat. Aku pun cuba. Alhamdulillah dah 6 bulan aku amalkan. Memang ada perubahan.

Bukan setakat penyakit aku sembuh. Malah masalah jerawat pada muka & badan pun hilang. Masalah kulit berminyak juga tiada lagi. Kulit pun halus sebab limau kan Vitamin C. 

Aku malas nak tunjuk gambar aku sekarang sebab saya pemalu sebenarnya nak bergambar. Rasa macam buruk..adoii tak baik.. 

But Series la.. memang hilang jerawat tu. Minum air ni selepas makan ok.

Sebab limau bersifat alkali bila masuk dalam tubuh kita. Makanan yang kita makan selalunya berasid. So ia membantu menaturalkan tubuh kita..bebas toksin.. 

Kalau nak tahu lebih banyak lagi kebaikan tu rasanya kalian search sendiri la..Semua hujung jari je..

Selamat Memiliki Kulit Yang Cantik !!




Mudahnya Menjemput Rezeki

Sebelum ini memang aku akui, sejak aku kahwin 3 tahun lepas rezeki kami suami isteri tiba-tiba terasa amat payah. Ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Susah nak menyimpan walau seratus ringgit sebulan. Ada ada saja yang perlu kami keluarkan wang untuk bayar macam macam. Ada saja masalah mendatang. Penyakitlah, kerosakan kenderaan lah.. 
Contoh seperti motor suami aku.. Banyak kali dah repair tapi esoknya rosak semula. Tayar hari ni dah tukar tiub baru sebab pancit, esok pancit semula. Ada saja yang tidak kena. Kami seperti hidup dalam keadaan tekanan. Kami cari juga punca tapi tak juga jumpa. Bayangkan 3 tahun rumahtangga kami seolah-olah menderita. Sehingga baru-baru ini.. Adik aku beri aku satu buku untuk aku baca. Buku "Mudahnya Menjemput Rezeki" penulisnya Fathuri Salehuddin.

Pada muka surat pertama lagi aku sudah tertarik dengan buku ni. Memang banyak manfaat yang boleh dijadikan panduan hidup. Aku taknak cerita panjang. Aku nak kalian semua yang belum baca buku ini, sila cari atau beli & baca tau..series aku & suami dah amalkan apa yang disarankan oleh penulis. Memang betul-betul berkesan. Sekarang rezeki kami murah melimpah ruah Alhamdulillah. Hati jadi tenang. Hidup walaupun tak kaya tapi senang. 

Antara perkara yang disarankan oleh penulis ialah :- 

1.   Menjemput Rezeki Dengan Mengutamakan Solat
2.   Menjemput Rezeki Dengan Solat Tahajud
3.   Menjemput Rezeki Dengan Solat Dhuha
4.   Menjemput Rezeki Dengan Zikir
5.   Menjemput Rezeki Dengan Doa
6.   Menjemput Rezeki Dengan Mendoakan Orang Lain
7.   Menjemput Rezeki Dengan Sedekah
8.   Menjemput Rezeki Dengan Membaca Al-Quran
9.   Menjemput Rezeki Dengan Asma' ul-Husna
10.  Menjemput Rezeki Dengan Bersyukur
11.  Menjemput Rezeki Dengan Tekun Berusaha

Sebelum ni kami buat yang wajib je. Ibadat yang sunat buat juga tapi tidak istiqomah. Bila dah baca buku ni baru tau rahsia murah rezeki. Setiap hari amalkan 11 perkara ni. Alhamdulillah sudah mula membuahkan hasil. Memanglah kita kena ikhlas dalam beribadat. Tapi sebagai manusia kita kena berusaha untuk dapatkan ganjaran Allah SWT. 

Kerna bila Allah berjanji Dia pasti akan tunaikan. Tak seperti janji dengan manusia yang kadang-kadang susah nak ditunaikan. Betul tak ? Kalau kita hari-hari merintih dengan orang, semakin lama orang akan benci pada kita. Tapi kalau kita merintih meminta dengan Allah setiap hari, semakin lama Allah semakin sayang. Sebab Allah memang nak kita mengadu pada Dia. 24 jam Allah sentiasa dengar rintihan kita tu.

Yang paling kami sentiasa amalkan ialah Solat Dhuha setiap pagi serta bersedekah dalam tabung masjid setiap hari. Sebelum pergi kerja aku akan bagi duit pada suami & suruh dia tolong masukkan dalam tabung masjid. Sabtu & Ahad pun begitu.  Suami aku ni kena pesan hari-hari. Sebab dia selalu lupa. Sibuk je memanjang. Aku yakin dengan janji Allah SWT dalam firman-Nya “Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada Hari Kiamat), maka baginya (balasan) 10 kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya sedang mereka tidak dianiaya (sedikit pun).” (Surah al-An‘am, ayat 160)

Ya maksud ayat ini kalau kita buat 1 kebaikan Allah akan balas 10 kali ganda pahala & kalau kita buat 1 kejahatan Allah akan membalas 1 dosa. Allah SWT maha pemurah lagi penyayang.

Allah swt juga sudah berjanji. Jika kita membelanjakan harta ke jalan Allah , maka Allah akan memberi rezeki berlipat kali ganda serta rezeki yang tidak kita sangka. Antaranya bersedekah.

Pernah bulan syawal baru ni. Aku beri suami RM5 supaya dimasukkan dalam tabung masjid pagi tu. Padahal masa tu aku memang tengah susah. Duit kurang dalam poket. Kami tengah ada masalah yang memerlukan kami keluarkan duit. Tapi aku yakin juga pasti Allah beri akan aku rezeki nanti. Kemudian aku ke office memulakan rutin macam biasa. 2 jam saja, tiba-tiba Allah menunaikan janji-Nya, Ada kawan beri RM50 kerana terhutang budi pada aku menolongnya tempoh hari. Aku taknak sebab aku ikhlas membantu. Tapi dia nak juga aku ambil walaupun nilai RM50 itu lebih kecil dari pertolongan aku padanya. 

NAH !! Allah sudah tunjukkan kekuasaan-Nya. RM5 dibalas RM50. Tak sampai 24 jam pun Allah sudah balas.... Betulkan 1 kebaikan 10 kali ganjaran ? Aku yakin 200% dengan janji Allah.

Apa lagi kalian fikirkan ? Jom baca buku ni.. Marilah sama-sama kita mengamalkan 11 perkara diatas secara istiqamah. Semakin banyak kita beribadah, semakin luas rezeki kita. Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT. Semoga Allah SWT memberkati usaha kalian.