Saturday, November 9, 2013

Penangan Piala Malaysia ~ Bila Isteri Buat Salah Suami Angkat Kad Kuning & Tiup Wisel


Kes malam tadi. Suami aku dulu bercita-cita nak jadi pengadil bola sepak. Tapi apakan daya, main bola terer sangat sampai FAM takut nak ambil jadi pengadil. Lalu isterinya ini saja yang boleh diadilinya.. apa pun tak boleh ...

Hari ni cuti. Makanya saya mahu berfoya-foya berpoyo-poyo dengan adik saya.. nampak tak kening aku yang lurus bagai rebonding tu.. adik aku kata "kening sin chan"...argggghhh aku takkan terima kenyataan tu..bye..



Tuesday, October 29, 2013

Beli Jersi Bola Pahang Untuk Suami


Ehem ehem.. semua sedia maklum Pahang masuk final ahad ni. Tok Gajah akan  menentang The Red Warrior di stadium Shah Alam bagi merebut Piala Malaysia. 

Bak kata pepatah "Patin Tempoyak Vs Budu"

Yey ! Hogoh tokgajah hogoh.. 

Tadi aku ke rumah kawan aku. Dia & suaminya jual baju jersi bola.. harga berpatutan jugak.. oleh kerana aku nak suprise kan suami aku. Jadi aku belikan jersi Pahang satu untuk dia. 

Yang kelakarnya suami aku terus pakai baju tu lalu hantar aku ke pejabat lepas lunch tadi. 

Then Dia kata " Tiba-tiba abang rasa jalan abang berubah pakai baju ni.. kenapa ye ?" (Berjalan sambil mendada, hidung kembang-kembang je.... 

Oh suamiku kau tak payah nak buat lawak sangat lah. Konon nak bangga dengan kawan-kawan dia nantila tu dia dapat jersi bola baru..puiii !

Apa-apa pun nantikan Gelombang The Elephant Army 3 November 2013 ini .. aku ? Berkubang depan TV je nanti..hahaha (gelaktakbur)..

Monday, October 28, 2013

31 Gambar Lukisan Hebat Seakan Hidup

Kali ini aku mahu membawa pembaca blog aku ke alam fantasi. Eh jap masalahnya ada ke pembaca blog picisan ini. ekekeke.. 
Apa pun aku nak tunjuk pada korang semua melihat lukisan-lukisan hebat di dunia ni. Pada aku lukisan ni memang mengagumkan mata. Terpesona saat mata menatapnya. Bagi yang berjiwa seni macam aku (jiwa kacau sebenarnya) memang suka sangatlah tenung lama-lama gambar lukisan macam ini. Sebab terasa lukisan tu ada jiwa & perasaan walaupun sebenarnya ia cuma gambar hasil tangan manusia berbakat yang bakatnya dikurnia oleh Allah SWT.

Lukisan ni sekilas pandang serupa gambar manusia betul. Tapi bila diamati & diteliti sebenarnya ia merupakan lukisan. Jom kita berfantasi.. hehe..
































Hebat tak ?..